Friday 25 April 2014

Pengalaman : Bertemu Tok Man

( Gambar Hiasan )
Assalamualaikum pembaca sekalian,
Maaf kerana lama tidak update blog ini kerana sibuk dengan sekolah,
pertama sekali Al-Fatihah kepada datukku Osman Tajuluddin (maaf,nama moyangku sudah lupa)
meninggal pada tahun 1998,
tahun ku lahir.... aku ..... mengikut cerita mak,abah, dan opah .... aku .... cucu pertama yang dapat bertemu dengan nya (Tok Man). Bersamanya selama hanya 4 bulan lebih... dengan tidak tahu siapakah dia.... tapi mengikut gambar-gambar yang berada di dalam album lama aku kenal mukanya....

    BAIKAH, habis pendahuluan. Kini masuk pengalaman yang aku mahu kongsikan kepada semua pembaca, mungkin perkara ini telah terjadi pada diri pembaca sendiri, tapi bagku itulah kali pertama ( setakat ini ) perkara itu terjadi padaku. Walaupun telah meninggalkan aku selama lebih sedekad tapi Allah Maha Penyanyang, aku bertemu dengan Tok Man di dalam mimpi ku dua tahun lepas.

   Pada mulanya, semua tempat sekelilingku putih cerah, tiba-tiba muncul tumbuh-tumbuhan menghijau diikuti dengan sebuah masjid yang gah di depan ku , masjid itu cantik dan besar, jaraknya pula dengan aku kira-kira 100 meter. YA ... ia agak jauh tapi secara tiba-tiba , tanpa mengangkat kaki untuk melangkah, badanku telah bergerak hingga sampai di hadapan pintu masjid tersebut, pintu itu terbuka tanpa ku menolaknya.

( Banyak tiang dalam Masjid Nabawi )
    Aku lihat dalam masjid itu banyak tiang ( seperti di Masjid Nabawi ). Di tengah-tengah bahagian masjid itu terdapat seorang lelaki sedang bermain dengan seorang bayi lelaki. Perasaan ingin tahu siapakah lelaki itu menyebab aku bertindak bergerak dari satu tiang ke tiang yang lain sehingga sampai ke bahagian hadapan hadapan masjid tersebut.

   Masya Allah.... melihat pada lelaki yang berbaju serba putih itu aku dapat cam itu Tok Man, bayi itu .... AKU ..... Tok Man bermain dengan cucunya iaitu aku dengan bajunya serba putih , mukanya tenang dan cerah, di dalam masjid yang serba besar dan cantik ( tak pernah melihat masjid secantik itu lagi di dunia ini ).
Ketika aku mahu pergi kepadanya ( Tok Man ) untuk menegurnya, apakah daya Allah hanya mahu aku melihat sahaja Tok Man tanpa menegurnya. Aku tersedar dari tidurku.... Aku menangis mengenang mimpi aku itu..... Aku bersyukur kerana dapat bertemunya di alam lain..... Alhamduillah.....

Al-Fatihah sekali lagi
Terima kasih kerana sudi membaca....
( Ini bukan rekaan imaginasi atau seakan dengannya , ini pengalaman yang benar-bernar terjadi pada diriku)



0 comments:

Post a Comment