Sunday 28 August 2011

Kita Bagi Syaitan Takut!!!!!

Time kauorang membawa Al-Quran, syaitan boleh chill lagi.
Time kauorang membukanya, syaitan kata "weh dia ni da apahal doh".
Time kauorang membacanya, syaitan dah gigil .
Time kauorang memahaminya, syaitan cramp whole body .
Time kauorang mengamalkan Al-Quran dlm kehidupan seharian kita , syaitan sure stroke. Teruskn baca & amalkannya supaya syaitan totally stroke.
...When you guys send this message, syaitan pun mencegahnya.
Syaitan kata ; "Jangan SEBARKAN, tak penting, BUANG MASA je"
Jom sebarkan

Thanks to:
Hadi Gunner
(My FB Friend)
Perjuangan hampir berakhir.....
Laungan takbir hampir kedengaran...
Peperangan hampir berakhir...
Umaht Islam hampir menggenggam kemenangan....
Bersungguh-sungguh lah selagi ade jalan untuk mendapat keredhaan Allah....

Friday 26 August 2011

Hari yang ditunggu oleh Semua Umat Islam....

Ramadhan hampir terbenam...... Syawal semakin menyinar.......dalam kesempatan ini saya mengucapkan Selamat Hari Raya Aidil Fitri pada tahun ni......
Takabballlahu Minna Wa Minkum..
Sekian Ikhlas di Hati dari saya....
Faris Adha.com

Bantulah Saudara Kita di Bumi Palestin !!!!!

Buat kesekian kalinya Yahudi menyerang dan membunuh Umat Islam Palestin tanpa bantuan dari mana-mana negara lain terutama negara Umat Islam. Hanya suara desakan damai sahaja yang berkemundang sejak dulu hingga sekarang tanpa ada sebarang bentuk tindakan sedangkan rakyat Palestin terus mati dibunuh saban hari.

Kita sebagai manusia, Umat Islam dan saudara sesama Islam sepatutnya merasa sensitif di atas perkembangan yang mutakhir menimpa ke atas saudara kita di Palestin. Kita bakal ditanya oleh Allah s.w.t di akhirat kelak apakah sumbangan kita terhadap sesama saudara kita atau sekadar memeluk tubuh tanpa menghiraukan mereka atas alasan : “Itu balasan tuhan ke atas kemungkaran mereka“. Wah, bagaimana pula jika kita berada di situasi mereka, tanpa bantuan dan pertolongan sesama saudara mereka apabila ditindak oleh musuh. Kita sendiri apabila ditampar orang depan rakan-rakan baik tanpa bantuan pasti merasa sakit hati dan marah kerana tidak dibantu oleh rakan-rakan baik kita itu! Inikah pula dibunuh dengan kejam tanpa sebarang halangan dan sekatan langsung!

Apa yang mampu dilakukan oleh kita sekarang?

Berdoa, menderma dan memulau merupakan tindakan yang mampu dilakukan oleh kita sekarang ini di Malaysia. Jesteru, marilah kita bersama-sama mendoakan kesejahteraan mereka dan membaca ‘Qunut Nazilah‘ ke atas mereka yang menindas dan membunuh sesuka hati saudara kita di Palestin.

Di sini kita sedar betapa pentingnya perpaduan dan ia merupakan ubat mujarab untuk mengalahkan musuh, tanpanya kita menjadi umat yang tidak dapat bangun malah dipandang sepi oleh saudara sendiri. Di samping itu marilah sama-sama kita menghulurkan sumbangan derma kepada rakyat Palestin menerusi kutipan derma yang diyakini derma tersebut sampai ke tangan rakyat Palestin dan Lubnan.

Rakyat Palestin sekarang ini sedang kelaparan dan kehausan, mereka tidak mempunyai wang untuk membeli makanan dan minuman malahan bahan makanan dan minuman juga teramat sedikit. Poket mereka kosong untuk menghidupkan api di dapur atau membeli ubat untuk menahan sakit dan kecederaan. Saluran air dan bantuan ubat-ubatan disekat, hospital dan jambatan dibom oleh Yahudi!

Bantulah mereka kerana kita merupakan rakyay bagi negara yang diberikan nikmat oleh Allah s.w.t dan ingatlah Allah s.w.t boleh menarik nikmat beliau itu bila-bila masa sahaja.

“Segala yang ada di langit dan di bumi adalah kepunyaan Allah, dan jika kamu melahirkan apa yang ada di dalam hati kamu atau kamu memyembunyikannya, nescaya Allah akan menghitung dan menyatakannya kepada kamu. kemudian ia mengampunkan bagi sesiapa yang dikehendaki-Nya dan menyeksa sesiapa yang dikehendaki-Nya (menurut undang-undang peraturan-Nya) dan (ingatlah), Allah Maha Kuasa atas tiap-tiap sesuatu.“