Tuesday 4 June 2013

Perubahan Tidak Terletak Pada Tempat Pembelajaran


Bismillahirrahmanirrahim


                                                                    Assalamualaikum,

     Setelah lama tidak mengupdate blog ini kerana terlalu sibuk menjelang peperiksaan umum pada tahun ini.
Baiklah kita terus ke tajuk yang akan saya huraikan, ianya tentang 'Perubahan Tidak terletak pada Tempat Pembelajaran". Ianya terbukti apabila jika kita tengok sekolah-sekolah seperti sekolah berasarama tidak kira aliran agama ataupun apa saja. Sering kali kita mendengar nama-nama sekolah yang top di Malaysia tapi bila  dah tamat pengajian semuanya menjadi orang yang tidak berjaya.
  
     Dari segi pemakaian pula, sebagai umat Islam, kita telah ditetapkan syarat yang perlu diikuti dalam segi pemakaian. Perkara ini berlaku pada diri saya, bukan nak burukkan mana-mana pihak tapi ada saja yang gatal-gatal nak tunjuk aurat masing-masing baik lelaki ataupun perempuan.

     Bagi lelaki, limit aurat kita lebih mudah berbanding perempuan tetapi kita masih susah nak tutup aurat kita. kalau nak jadi Mat Rock sekali pun tutuplah aurat. Ini , baju tutup pusat ( bagus...) , seluar panjang tutup lutut ( bagus....) tapi cacat satu je, seluar berlubang-lubang mendedahkan aurat. Tengok ... kan dah dapat DOSA free .

     Bagi perempuan , saya faham , aurat korang susah nak jaga tapi sekiranya kita niat betul-betul dalam hati nak jaga maruah kita harga diri kita. In Sya Allah BOLEH !!! 

     Perkara ini terbukti pada perubahan seorang sahabat saya  . Dia memang pada mula bertudung seperti wanita Islam yang lain. Tetapi satu perubahan ketara apila dia sudah mula memakai baju Muslimah, tudung labuh, malah dia juga memakai Purdah !!!

     Saya bertanya padanya, bagaimana dia boleh berubah sedemikian , adakah dia pergi ke mana-mana kuliah atau sebagainya. Dia menjawab  TIDAK. Dia menjawab lagi memang dirinya yang nak berubah sendiri. 
   
     Mendengar jawapannya saya berasa kagum dengannya kerana dia hanya pelajar sekolah harian. Bukannya pelajar sekolah agama atau seumpamanya. Melihat perubahan padanya. terlintas di fikiran. " Kan bagus kalau persekitaran sekolahku macam ni ! ". 

     Allah tidak memberi hidayah pada kedudukan, pangkat mahupun pendidikan. Allah berhak memberi hidayah kepada sesiapa pun yang dikehendakiNya.



Wallahua'lam, Assalamualaikum.....


0 comments:

Post a Comment