Thursday 15 September 2011

Temubual Antara Saya dan Abang Azri Naim ( IM Naim)


                             ( Kenangan ketika IM Naim,IM Faris & IM Nasir datang ke sekolah)





Serba sedikit tentang saudara Azri Naim
Nama:Muhd Azri Naim
Asal:Gopeng,Perak
Jawatan disandang ketika bersekolah:Ketua Umum (KU 2007)
Pendidikan (terkini) : USIM
Alumni SMKA Slim River
Sepuluh terbaik Imam Muda Musim Ke-3
IM Naim



Terdapat beberapa soalan yang saya ajukan kepada saudara Azri Naim

Soalan yang diajukan adalah seperti berikut.....

Soalan Pertama:-

Saya:"Bagaimanakah cara yang paling berkesan untuk berdakwah kepada remaja yang sudah maju di zaman IT?"

Azri Naim:"Pertama,Gunakan medium IT seperti Blog,lamn sosial yang diwujudkan seperti FB,Twitterdan lain-lain."
"Kedua,pelbagaikan kaedah penyampaian dalam berdakwah sebagai cara untuk menarikkan lagi kerja dakwah."

Soalan Kedua:-

Saya:"Mengapakah remaja zaman sekarang semakin merosot imannya?"

Azri Naim:"Pertama,Kepesatan teknologi yang menyebabkan remaja mudah untuk mengakses bahan-bahan yang tidak berfaedah di internet."
"Kedua,Didikan ibubapa yang kurang,kebanyakan ibubapa hari ini kurang memberi tarbiah yang sempurna kepada anak-anak."
"Ketiga,remaja hari ini kebanyakan kurang untuk menghadiri majlis-majlis ilmu dan lebih suka ke tempat maksiat untuk berhibur."

Selesai temubual saudara Azri Naim sempat memberi nasihat dan sedikit pandangan tentang isu yang paling terkenal di kalangan remaja

Pandangan Azri Naim tentang 'couple'

"Couple ialah berpasangan pada pandangan saudara Azri Naim couple ini menjalinkan hubungan baik atau tidak baik. Itu secara asasnya.

Hari ini ramai yang beranggapan couple itu hanya perkara yang negetif sedangkan pernikahan yang sangat-sangat dituntut oleh Islam juga adalah salah satu daripada komponen couple.

Justeru, lelaki dengan perempuan,lelaki dan lelaki atau 'gay',perempuan dan perempaun dikenali dengan nama 'lesbian' merupa couple,asalkan ada pasangan maka itu digelar couple.

Maka couple yang terbaik mendirikan rumah tangga dengan pernikahan.Sesungguhnya,syaitan akan meraung sekuat-kuat tatkala akad nikah sah dilafazkan."


Thursday 1 September 2011

Adakah Kapel anda Diredhai Allah ???????

Kepada sesiapa yang sedang berkapel.......
Adakah anda tahu kapel anda itu diredhai Allah...
Mungkin anda merasakan bahawa kapel itu suke2...
Ada juga yang mengatakan mereka 'Kapel Islamic'....
Didunia ini tiada 'kapel Islamic'...
...Kapel yang diredhai ialah selepas diakat nikah....
Itulah kapel yang diredhai Allah....

Pada sesiapa yang terasa saya minta maaf krn saya sebarkan yang benar....

Ikhlas dari :
faris Adha.com