Tuesday 25 December 2012

Al-Hadis : Adab-Adab Bersembang


Sesungguhnya Islam agama yang indah. Setiap perkara mempunyai adab dan aturannya yang tersendiri. Semuanya diajarkan Nabi SAW sehinggalah sekecil-kecil perkara seperti masuk dan keluar tandas.
Pernah terjadi beberapa orang Musyrikin mengejek Salman al-Farisyi r.a., kata mereka,
"Nabi kamu mengajarkan semua benda sehingga perkara berkaitan istinjak. Kata Salman, "Memang benar! Nabi kami menegah daripada membuang air besar atau kecil dalam keadaan menghadap kiblat, beristinjak menggunakan tangan kanan, beristinjak kurang daripada tiga biji batu." (Hadis Riwayat Muslim)
Antara adab yang selalu dipandang ringan oleh umat Islam adalah adab bersembang. Apakah perbualan atau cara kita bersembang setiap hari menepati tuntutan Islam?
1. Suara yang rendah dan lembut.
Menurut Syeikh Abdul Fatah Abu Ghuddah, meninggikan suara terhadap seseorang itu menunjukkan kurangnya hormat kita kepada mereka. Seeloknya kita bercakap dengan kadar yang sederhana, sebagaimana yang kita inginkan apabila mendengar daripada seseorang.
Adab ini perlu diamalkan sama ada ketika bersama sahabat mahupun musuh, orang yang dikenali mahupun tidak, orang kecil mahupun dewasa. Lebih- lebih lagi ketika bersama kedua-dua orang tua dan orang yang setaraf dengan mereka.
Menurut Abdullah bin Zubair r.a., selepas turunnya ayat ke-2 surah al-Hujurat iaitu "Wahai orang-orang yang beriman, jangan kamu meninggikan suara kamu melebihi suara Nabi".  Sayidina Umar r.a. terus berubah sikapnya. Sekiranya bercakap dengan Nabi, dia akan bercakap seperti orang berbisik-bisik sehingga terpaksa disuruh ulang beberapa kali kerana tidak dapat difahami .
Imam Zahabi menyebut, "Jikalau orang tidak mengenali siapa Muhammad bin Sirin (ulama Tabi'in), mereka akan menyangka dia seorang yang sakit kerana terlalu rendah suaranya apabila bercakap dengan ibunya." Lihatlah, betapa beradabnya golongan salaf dalam berkata-kata.

2. Tidak menunjuk pandai.
Antara adab bersembang juga, kita tidak memalukan sahabat kita dengan menzahirkan kepada mereka apa yang kita ketahui sedangkan mereka tidak memahaminya. Sabda nabi SAW,
"Berbicaralah kepada manusia menurut kadar kemampuan akal mereka."
(Hadis Riwayat Muslim)
Contohnya jikalau kita seorang pakar ekonomi dan berhadapan dengan seorang petani kampung, elakkan bercakap tentang kerja kita yang jauh di luar bidang mereka serta sukar difahami dengan mudah. Sebaik-baiknya, tunjukkanlah perhatian kepada mereka dan lebihkan mendengar daripada berkata-kata.
Seorang Tabi'in yang terkenal iaitu Imam Ata' bin Abi Rabah berkata, "Seorang pemuda menceritakan kepadaku sebuah kisah. Aku mendengarnya dengan teliti seolah-olah aku tidak pernah mendengarnya sebelum ini. Sebenarnya aku telah mendengar kisahnya itu sebelum dia dilahirkan lagi."
Khalid bin Safwan berkata, "Jikalau seseorang bercerita dan aku telah mendengarnya sebelum ini, atau perkara itu telah kuketahui, aku tidak akan menyampuknya. Aku bimbang dia akan menyedari yang aku telah mengetahuinya."
Begitulah cara ulama-ulama menjaga pergaulan mereka. Mereka tidak meringan-ringankan kata-kata seseorang walaupun perkara tersebut sudah diketahui.
3. Biarkan mereka menghabiskan ucapan.
Sekiranya kita musykil tentang sesuatu yang diperkatakan, hendaklah bersabar sehingga seseorang menghabiskan ucapannya. Kemudian, soallah dengan adab dan berhemah. Jangan memotong di tengah-tengah percakapan. Ia akan menghilangkan adab serta menimbulkan rasa tidak senang orang yang sedang bercakap. Melainkan ketika dalam kelas pengajian, kita boleh bertanya dan berbincang sekiranya guru mengizinkan.
Menurut Ibrahim bin al-Junaid, "Belajarlah cara mendengar yang baik sepertimana kamu belajar cara bercakap yang baik. Antara ciri pendengar yang baik juga adalah membiarkan seseorang menghabiskan kata-katanya, bercakap menghadap tubuhnya dan bertentangan wajahnya serta tidak menyampuk sekiranya dia membicarakan sesuatu yang sudah kamu ketahui."

Nabi SAW apabila diseru seseorang, Baginda tidak sekadar memalingkan muka bahkan menghadapkan seluruh tubuhnya kepada orang tersebut. Inilah bukti keindahan pekerti Rasulullah SAW.
Sama-samalah kita mengamalkan adab yang indah ini. Walaupun nampak ringan dan kecil, pasti ada kelebihan pada setiap amalan yang dianjurkan ulama-ulama Islam. Kata pepatah Arab, "Jangan kamu memandang ringan benda yang kecil, sesungguhnya gunung itu terhasil daripada debu-debu yang halus."
Rujukan: Kitab Min Adabil Islam, Syeikh Abdul Fatah Abu Ghuddah
Nota : Artikel ini pernah dimuatkan dalam majalah Anis beberapa bulan yang lalu.

Thursday 20 December 2012

Free Download Hasbi Rabbi ~ Imam Muda 3




Kepada penggemar musik nasyid dan peminat Imam Muda 3,
Anda mesti mahukan irama lagu yang rancak,
Ini ada satu link yang saya jumpa di satu laman web,
Anda boleh mendownload nasyid Hasbi Rabbi nyanyian Imam Muda 3 secara percuma

Anda boleh pergi ke link ini >>> Download Hasbi Rabbi ~ Imam Muda 3
Kemudian tekan butang ' Download 3.3 MB '
Dan tunggu hingga download habis,
Mudahkan !!!

Harap semua terhibur.

Salam Alaik...

Thursday 13 December 2012

5 Teladan Para Imam Mazhab Dalam Menghadapi Perbezaan Pendapat






Perbezaan pendapat di kalangan para imam mazhab tidak pernah melebihi daripada apa yang sepatutnya. Perbezaan ini tidak bersangkutan dengan sifat taksub, sombong diri, hasad dan apa-apa lain penyakit hati. Para imam mazhab tidak pernah mempunyai tujuan yang lain dalam usaha mereka kecuali mengajar serta menegakkan agama Islam kepada umat.
Justeru jika kita kaji sejarah dan riwayat hidup mereka, kita akan dapati sifat bertolak-ansur dan terbuka yang amat tinggi di antara mereka. Mereka menerima teguran dengan hati yang terbuka, membetulkan ajaran yang tersilap, menghormati antara satu sama lain dan saling membanding ajaran sesama mereka.  Manakan tidak, bukankah para imam mazhab itu pada mulanya duduk berguru sesama mereka, mengasaskan ajaran daripada sumber yang sama dan mempunyai tujuan yang sama?
Pernah sekali Malik bin Anas ditanya adakah perlu membasuh jari-jari kaki ketika berwudhu’. Beliau menjawab “Itu tidak perlu”. Setelah berakhirnya majlis kuliah tersebut, seorang anak murid Malik, bernama Ibn Wahhab berkata “Aku mengetahui akan suatu hadis berkenaan soalan tadi.”
Bertanya Malik: “Hadis apakah itu ?”
Ibn Wahhab berkata: “Laits ibn Sa‘ad, Ibn Luhai‘ah dan ‘Amr bin al-Harits meriwayatkan dari jalan Yazid bin ‘Amr, dari Mustawrid bin Shaddad; di mana mereka telah berkata: ‘Kami melihat Rasulullah menggosok antara jari-jari kakinya ketika berwudhu dengan anak jarinya’.”
Berkata Malik: “Riwayat ini adalah sahih. Aku tidak pernah mendengarnya hingga seketika tadi.”
Ibn Wahhab seterusnya menerangkan bahawa Malik kemudian mengajar orang ramai untuk menggosok jari-jari kaki mereka apabila berwudhu’.[1] Demikian satu contoh daripada Malik, apabila dia mendengar suatu hadis dan dikenali sanadnya berdarjat sahih, dia terus membetulkan ajarannya.
Ahmad bin Hanbal pada awalnya berpendapat bahawa perkataan quru’ dalam ayat:
Dan isteri-isteri yang diceraikan itu hendaklah menunggu dengan menahan diri mereka (dari berkahwin) selama tiga kali suci (quru’). [Maksud surah al-Baqarah 2:228]bermaksud bersih dari haid.  Kemudian apabila dia menemui sebuah hadis di mana Rasulullah shallallahu ‘alaihi wasallam diriwayatkan telah berkata kepada Fatimah binti Hubaisyradhiallahu ‘anhaTinggalkanlah solat pada masa quru’-mu[2]Ahmad telah membetulkan pendapatnya yang awal dengan berkata:
Aku pada mulanya mengatakan bahawa quru’ itu ialah suci (dari haid), sekarang aku berpendapat bahawa quru’ itu ialah haid dan bukan suci (dari haid).[3]
Dalam kesungguhan mencari hadis pada zaman mereka, para imam mazhab saling bertanya dan berkongsi hadis sesama mereka. Contoh paling baik ialah pesanan al-Syafi‘e kepada Ahmad bin Hanbal:
Engkau lebih mengetahui akan hadis-hadis daripada aku. Oleh itu jika ada hadis yang sahih, beritahulah aku, sama ada hadis itu dari Kufah, Basrah atau Syria. Beritahulah aku supaya aku dapat berpegang kepadanya asalkan ia adalah sahih. [4]
Teladan lain yang tidak boleh kita lupakan ialah kisah al-Syafi‘e yang mengimami solat subuh di masjid berhampiran kubur Abu Hanifah. Beliau solat tanpa membaca doa qunut dan apabila ditanya seseorang sehabis solat al-Syafi‘e menjawab:
Masakan aku hendak melakukan sesuatu yang berlainan dari apa yang diajar olehnya (Abu Hanifah) padahal aku berada berhampirannya.[5]
Walaupun pada asalnya al-Syafi‘e berpendapat bahawa doa qunut itu sunat dibaca dalam solat subuh tetapi pendapatnya itu dikebelakangkan sebagai menghormati Abu Hanifah yang berpendapat doa qunut itu tidak sunat dibaca.[6] Disamping itu al-Syafi‘e juga tidak berqunut pada pagi itu bagi memudahkan jamaahnya yang majoriti pada ketika itu adalah pengikut Abu Hanifah.
Ahmad bin Hanbal berpendapat bahawa pendarahan hidung membatalkan wudhu’ dan dengan itu ia membatalkan solat manakala Malik bin Anas pula berpendapat ianya tidak membatalkan. Akan tetapi apabila Ahmad ditanya tentang apakah hukumnya seseorang yang bersolat di belakang imam yang tidak memperbaharui wudhu’nya ketika mengalami pendarahan hidung, Ahmad berkata: 
Apakah patut aku enggan bersolat di belakang Malik dan Sa‘id ibn al-Musayyib ?[7]
Jawapan Ahmad ini menunjukkan sifat keterbukaannya yang tidak membataskan seseorang itu untuk mengikut pendapatnya sahaja. Yang bertanya itu boleh solat di belakang mana-mana imam sekalipun pendapat sesama mereka tentang perkara yang membatalkan wudhu’ dan solat adalah tidak sama.
Perbezaan pendapat antara mazhab juga tidak menjadi faktor penghalang untuk solat bersama-sama. Apabila tiba sahaja musim Haji, semua umat Islam tidak kira sama ada para imam mazhab atau murid mereka atau pengikut mereka akan turun ke Mekah dan Madinah untuk menunaikan amalan haji. Abu Hanifah dan anak muridnya dari Kufah, al-Syafi‘e dan anak muridnya dari Mesir serta Yaman, Ahmad dan anak muridnya dari Baghdad, dan ramai lagi dari serata pelusuk dunia Islam datang ke Mekah dan Madinah dan solat berjamaah di belakang Malik bin Anas dan anak muridnya tanpa sebarang keberatan. Malik berpendapat bacaan Basmalah tidak dibaca secara kuat di dalam solat ketika membaca al-Fatihah manakala Abu Hanifah dan al-Syafi‘e berpendapat ianya dibaca secara kuat. Namun hal ini tidak menghalang mereka solat bersama-sama.[8]
Selain itu pemerintah Islam ketika itu, Khalifah Abu Ja’far al-Mansur pernah membuat keputusan untuk menjadikan kitab hadis Malik bin Anas, al-Muwattha’, sebagai kitab yang rasmi bagi seluruh empayar Islam Dinasti Abbasid. Akan tetapi Malik menolak keputusan itu dengan berkata:
Sesungguhnya umat Islam merata-rata berpegang dan berpengetahuan dengan hadis dan riwayat yang mungkin kami (Malik) sendiri tidak mengetahuinya.[9] 
Jawapan Malik membuktikan bahawa dia tahu ada banyak lagi hadis-hadis yang tidak sempat diriwayatkannya dan lebih utama lagi, dia tidak mahu memaksa orang ramai menerima ‘mazhab’nya tanpa pilihan lain.
Riwayat hidup al-Syafi‘e juga terkenal dengan apa yang digelar sebagai qaul qadim dan qaul jadidQaul qadim merupakan pendapat al-Syafi‘e yang awal ketika berada di Semenanjung Arab. Akan tetapi setelah dia berhijrah ke Iraq dan Mesir, dia telah berjaya menemui sejumlah hadis-hadis yang lain yang membuatkan dia membetul dan menyelaraskan semula ajarannya yang terdahulu. Pembetulannya ini beliau lakukan tanpa malu-malu, hingga terkenal dalam sejarah sebagai Qaul jadid.



Demikianlah beberapa contoh yang sempat dikemukakan untuk dijadikan teladan untuk kita bermazhab. Daripada contoh-contoh di atas, boleh kita simpulkan:
·      Para imam mazhab membetulkan ajaran mereka serta-merta apabila terbukti salah tanpa sebarang sikap ragu-ragu atau keberatan.
·     Para imam mazhab saling hormat menghormati antara satu sama lain. Mereka menghormati ketinggian ilmu serta pendapat di kalangan mereka.
·      Para imam mazhab sendiri ada kalanya mengubah pendapat dan amalan mereka kepada pendapat imam yang lain. Tidak timbul konsep Itu mazhab dia, ini mazhab aku!
·      Para imam mazhab tidak memaksa umat Islam untuk mentaati ajaran mereka, malah mereka sendiri yang mengesyorkan agar umat Islam memilih dan mengambil apa yang terbaik.
·      Para imam mazhab tidak pernah memaksa umat Islam untuk bermazhab ataupun mengikuti mana-mana mazhab. Setiap individu bebas beramal dengan ilmu yang diterima masing-masing.
·     Para imam mazhab tidak pernah berhenti daripada mencari dan mengkaji ilmu. Usaha mereka diteruskan sehingga ke akhir hayat, membetulkan mana yang salah dan mengajar apa yang baru.Ini dilakukan secara terbuka tanpa bersembunyi atau berdiam diri.
·      Para imam mazhab tidak mementingkan maruah dan kepentingan diri. Bagi mereka apa yang benar, itulah yang diperjuangkan.
Harapnya teladan-teladan yang ditunjukkan oleh para imam mazhab di atas dapat dijadikan pegangan dan iktibar oleh kita. Bagi mereka apa yang benar ialah ajaran al-Qur’an dan al-Sunnah. Dari dua sumber inilah mereka mengupas segala hukum dan ajaran untuk kebaikan umat Islam sendiri. Adakalanya mereka tersilap atau kurang tepat tetapi mereka menerima hakikat tersebut dengan sering berunding dan bertukar pendapat sesama mereka.
Sikap yang demikian perlu kita ambil dan praktikkan. Bukannya sikap membeza-beza antara sesama mazhab, membenarkan yang satu dan menyalahkan yang lain.

Editted Photos 2






Wednesday 12 December 2012

Cara Mengubah Templete Yang Menarik


Assalammualaikum dan salam sejahtera..
  
Korang mesti boran dengan templete yang sedia ada, bukan?
Mesti nak yang lain darpada yang lain...
Ni ade sikit tips untuk anda.
 
Mula korang cari la template yang korang suka dekat sini http://btemplates.com/ 
Pastu download tamplete yang korang suka dan kemudian buka file template dan korang copy XML Document tu ke Documents..

Okey dah buat semua persediaan, sekarang korang           
 Sign In Blog >     Dashboard > Template > Backkup / Restore (copy dulu template lama utk kecemasan) > Choose File > Documents > Template yang korang download > Upload dan selesai..

Senang giler buat bende nie..Harap ia berguna untuk korang..TQ

GAMBAR HIASAN

Sunday 9 December 2012

Nama-nama Nabi yang Wajib Diketahui Ditafsir oleh Agama Kristian

Anda mesti Tertanya-tanya
Apakah Nama Nabi-nabi kita disebut atau ditafsir oleh orang-orang Kristian, kan?
Ini adalah satu INFORMASI berguna yang saya dapat daripada satu blogger yang sama tajuk dengan informasi yang saya cari ...


Senarai nama-nama Nabi yang Ditafsir oleh Agama Kristian

Adam = Adam
Idris = Enoch
Nuh = Noah
Hud = Eber
Saleh = Shelah
Ibrahim = Abraham
Lut = Lot
Ismail = Ishmael
Ishak = Isaac
Yaakub = Jacob
Yusuf = Joseph
Aiyub = Job
Syuaib = Jethro
Musa = Moses
Harun = Aaron
Daud = David
Sulaiman = Solomon
Ilyas = Elijah
Ilyasa' = Elisha
Yunus = Jonas
Zulkifli = Ezekiel
Zakaria = Zechariah
Yahya = John the Baptist
Isa = Jesus
Muhammad

Wednesday 5 December 2012

Editted Photos


                                                                               
  <-- Cinta ????
         Sampai Masa Datanglah tu ...
         <3

Monday 3 December 2012

Lirik Nasyid 'Untukmu Palestin' ~ Raihan




                    Berzikir dengan nama tuhanmu                                                      Bermunajatlah di tengah malam
Bertaubatlah padanya penuh rasa hamba
Agar doa kita di.. makbulkan
Agar Palestina kita genggam semula
Agar Palestin bebas di tangan kita
Kembali damai disirami air

Kebenaran Al-Quran dan sunnah
Palestina kan dimiliki lagi
Ingatlah Allah dan hindarkan dosa
Palestin kan aman lagi
Dengan ketaatan dan amalan soleh

Palestine you will regain your land
Remember Allah and stay away from sin
Palestine will be at peace again
And filled with the worship of Allah

Dengan kata dan ketaqwaan
Pada Allah yang maha kuasa
Ketakutan dan kelemahan
Peluru dan dentuman 
Bukan lagi penghalang
Pembelaan Allah akan datang
Palestin... Palestin... Palestin
Palestin... Palestin... Palestin