Sunday 22 July 2012

Tak Semua Insan dapat Menghirup Udara Ramadhan

Kita mesti ingat,
Tak semua insan di muka bumi ini,
Yang dapat menghirup udara Ramadhan,
Kita sebagai insan teroilih ,
Yang dipilih oleh Allah untuk menguji keimanan kita kepadaNya,

Kita selalu baca di akhbar,
Orang meninggal dunia di bulan mulia ini,
Mereka sebenarnuya mahukanm nikmat Ramdhan ini,
Tetapi Allah tidak mengizinkan,

Sedar atau tidak,
Syukur atau tidak,

Kita,
Insan yang masih berada di muka bumi ini,
Langsung tak sedar,
Bulan Ramadhan ini bulan rahmat,
Bulan Ramadhan ini bulan barakah.

Bulan ini sahaja,
Amalan kita pada Allah dilipat gandakan,
Bulan ini juga adanya Lailatul Qadar, 
Malam yang lebih baik daripada seribu malam,

Kita sebagai umat Islam yang masih hidup ini,
Jangan lepas peluang yang diberi oleh Allah,
Kerana kita tidak tahu berapa lama lagi kita akan hidup.

Thursday 19 July 2012

Sifat Dalam Jiwa Seseorang Umpama BENIH

Sesuatu sifat di dalam jiwa seseorang insan umpama BENIH,
Contohnya:

Jikalau seseorang itu terjebak dengan maksiat,
First2 memanglah macam nak tak nak,
Tapi lama-kelamaan,
Apabila dia telah selalu buat maksiat itu,
Ia akan jadi satu tabiat,

Jikalau seseorang itu belagak sombong daripada umurnya kecil,
Lama-kelamaan sifat sombong itu sebati dengan jiwanya,

SAMA JUGA SEPERTI BENIH ,

Kita tanam BENIH di dalam tanah,
First2 benih itu akan jadi anak pokok,
Lama-kelamaan anak pokok itu akan jadi sebatang POKOK yang kuat,

Memang susah kita nak tebang pokok yang batang kayunya sudah keras,
Sama juga dengan sifat di dalam jiwa seseorang itu,
Susah nak ubah benda yang dah lama kita amalkan,
Jikalau kita hendak mengubahnya mengambil masa ,

TETAPI INSYA ALLAH ,
Jika kita mencuba untuk berubah,
Nescaya Allah akan membantunya,