Friday 25 April 2014

Pengalaman : Bertemu Tok Man

( Gambar Hiasan )
Assalamualaikum pembaca sekalian,
Maaf kerana lama tidak update blog ini kerana sibuk dengan sekolah,
pertama sekali Al-Fatihah kepada datukku Osman Tajuluddin (maaf,nama moyangku sudah lupa)
meninggal pada tahun 1998,
tahun ku lahir.... aku ..... mengikut cerita mak,abah, dan opah .... aku .... cucu pertama yang dapat bertemu dengan nya (Tok Man). Bersamanya selama hanya 4 bulan lebih... dengan tidak tahu siapakah dia.... tapi mengikut gambar-gambar yang berada di dalam album lama aku kenal mukanya....

    BAIKAH, habis pendahuluan. Kini masuk pengalaman yang aku mahu kongsikan kepada semua pembaca, mungkin perkara ini telah terjadi pada diri pembaca sendiri, tapi bagku itulah kali pertama ( setakat ini ) perkara itu terjadi padaku. Walaupun telah meninggalkan aku selama lebih sedekad tapi Allah Maha Penyanyang, aku bertemu dengan Tok Man di dalam mimpi ku dua tahun lepas.

   Pada mulanya, semua tempat sekelilingku putih cerah, tiba-tiba muncul tumbuh-tumbuhan menghijau diikuti dengan sebuah masjid yang gah di depan ku , masjid itu cantik dan besar, jaraknya pula dengan aku kira-kira 100 meter. YA ... ia agak jauh tapi secara tiba-tiba , tanpa mengangkat kaki untuk melangkah, badanku telah bergerak hingga sampai di hadapan pintu masjid tersebut, pintu itu terbuka tanpa ku menolaknya.

( Banyak tiang dalam Masjid Nabawi )
    Aku lihat dalam masjid itu banyak tiang ( seperti di Masjid Nabawi ). Di tengah-tengah bahagian masjid itu terdapat seorang lelaki sedang bermain dengan seorang bayi lelaki. Perasaan ingin tahu siapakah lelaki itu menyebab aku bertindak bergerak dari satu tiang ke tiang yang lain sehingga sampai ke bahagian hadapan hadapan masjid tersebut.

   Masya Allah.... melihat pada lelaki yang berbaju serba putih itu aku dapat cam itu Tok Man, bayi itu .... AKU ..... Tok Man bermain dengan cucunya iaitu aku dengan bajunya serba putih , mukanya tenang dan cerah, di dalam masjid yang serba besar dan cantik ( tak pernah melihat masjid secantik itu lagi di dunia ini ).
Ketika aku mahu pergi kepadanya ( Tok Man ) untuk menegurnya, apakah daya Allah hanya mahu aku melihat sahaja Tok Man tanpa menegurnya. Aku tersedar dari tidurku.... Aku menangis mengenang mimpi aku itu..... Aku bersyukur kerana dapat bertemunya di alam lain..... Alhamduillah.....

Al-Fatihah sekali lagi
Terima kasih kerana sudi membaca....
( Ini bukan rekaan imaginasi atau seakan dengannya , ini pengalaman yang benar-bernar terjadi pada diriku)



Tuesday 4 June 2013

Perubahan Tidak Terletak Pada Tempat Pembelajaran


Bismillahirrahmanirrahim


                                                                    Assalamualaikum,

     Setelah lama tidak mengupdate blog ini kerana terlalu sibuk menjelang peperiksaan umum pada tahun ini.
Baiklah kita terus ke tajuk yang akan saya huraikan, ianya tentang 'Perubahan Tidak terletak pada Tempat Pembelajaran". Ianya terbukti apabila jika kita tengok sekolah-sekolah seperti sekolah berasarama tidak kira aliran agama ataupun apa saja. Sering kali kita mendengar nama-nama sekolah yang top di Malaysia tapi bila  dah tamat pengajian semuanya menjadi orang yang tidak berjaya.
  
     Dari segi pemakaian pula, sebagai umat Islam, kita telah ditetapkan syarat yang perlu diikuti dalam segi pemakaian. Perkara ini berlaku pada diri saya, bukan nak burukkan mana-mana pihak tapi ada saja yang gatal-gatal nak tunjuk aurat masing-masing baik lelaki ataupun perempuan.

     Bagi lelaki, limit aurat kita lebih mudah berbanding perempuan tetapi kita masih susah nak tutup aurat kita. kalau nak jadi Mat Rock sekali pun tutuplah aurat. Ini , baju tutup pusat ( bagus...) , seluar panjang tutup lutut ( bagus....) tapi cacat satu je, seluar berlubang-lubang mendedahkan aurat. Tengok ... kan dah dapat DOSA free .

     Bagi perempuan , saya faham , aurat korang susah nak jaga tapi sekiranya kita niat betul-betul dalam hati nak jaga maruah kita harga diri kita. In Sya Allah BOLEH !!! 

     Perkara ini terbukti pada perubahan seorang sahabat saya  . Dia memang pada mula bertudung seperti wanita Islam yang lain. Tetapi satu perubahan ketara apila dia sudah mula memakai baju Muslimah, tudung labuh, malah dia juga memakai Purdah !!!

     Saya bertanya padanya, bagaimana dia boleh berubah sedemikian , adakah dia pergi ke mana-mana kuliah atau sebagainya. Dia menjawab  TIDAK. Dia menjawab lagi memang dirinya yang nak berubah sendiri. 
   
     Mendengar jawapannya saya berasa kagum dengannya kerana dia hanya pelajar sekolah harian. Bukannya pelajar sekolah agama atau seumpamanya. Melihat perubahan padanya. terlintas di fikiran. " Kan bagus kalau persekitaran sekolahku macam ni ! ". 

     Allah tidak memberi hidayah pada kedudukan, pangkat mahupun pendidikan. Allah berhak memberi hidayah kepada sesiapa pun yang dikehendakiNya.



Wallahua'lam, Assalamualaikum.....


Friday 26 April 2013

Fakta Pedang Damancus Milik Sultan Salahuddin Al- Ayyubi dan Tenteranya.


Assalamualaikum dan selamat sejahtera, pedang yang diakui paling tajam di dunia oleh pakar pembuatan pedang barat. Ketajamannya mampu menembus baju besi crusader, memotong duapedang lawan, membelah perisai dan batu tanpa mengalami kerosakan pada matanya.
Kehebatan pedang buatan Damsyik dan terkenal dengan panggilan Pedang Persia ini telah mengatasi kehebatan pedang Katana dari Jepun dan pedang Excalibur milik Raja Arthur.

Pedang “Damascus” yang digunakan Salahuddin Al-Ayyubi

Pedang ini diperbuat besi baja “damascus” dengan teknik rahsia yang disaluti CNT (Carbon Nano Tubes) yang menjadikan ianya AMAT TAJAM dan LENTUR. Seni pembuatan pedang yang terahsia ini amat dikagumi oleh puak Barat.

Prof Dr. Peter Paufler dari Jerman mengakui kehebatan pedang ini

Kajian metalurgi moden setakat hari ini juga, masih tidak berkeupayaan untuk menghasilkan pedang berteknologi tinggi (teknologi NANO) dari peradaban Islam pada kurun ke-12 ini.
Setelah sekian lama pedang ini menjadi rahsia akan kehebatannya, akhirnya pengkaji barat telah berjaya membongkar rahsia pedang ini.

Rod “Damascus” bersaiz Nano didalam pedang Salahuddin Al-Ayyubi

Rupa-rupanya didalam pedang ini terdapat sebatang tiub rod “Damascus” yang bersaiz nano yang mudah lentur,tidak mudah patah dan sentiasa tajam sehinggakan mampu membelah apa saja.
Apa itu CNT?

Rod “Damascus” berupa rantaian atom karbon yang sangat hebat

CNT merupakan suatu rantaian atom karbon yang terikat di antara satu sama lain secara heksagonal berbentuk silinder yang mempunyai diameter sekecil 1-2 nanometer. Silinder CNT ini boleh mencapai panjang sehingga berpuluh-puluh mikron dan tertutup di bahagian hujung seolah-olah sebatang paip yang ditutup dikedua-dua hujungnya.
Pencirian yang dilakukan terhadap bahan ini juga menjelaskan bahawa CNT mempunyai kekuatan paling tinggi berbanding bahan lain. Ia juga mempunyai sifat kekonduksian elektrik melebihi kuprum dan logam. Keunikan tiub karbon nano yang lain ialah mempunyai ketahanan terhadap suhu tinggi serta mempunyai jisim yang lebih ringan dari aluminium.
Teknologi NANO.

Salahuddin Al-Ayyubi memimpin Tentera Islam dalam perang salib kurun ke-12

Kehebatan Pedang Salahuddin Al-Ayyubi telah dibongkar oleh Prof Dr. Peter Paufler dari Jerman. Prof tersebut menjumpai CNT di dalam pedang tersebut bersama senjata2 yang digunakan oleh tentera-tentera Islam pada ketika itu sewaktu perang Salib. CNT ini yang menjadikan pedang tentera Islam ini sangat tajam tetapi mudah lentur.

Salahuddin Al-Ayyubi

Teknologi NANO ini menggunakan besi baja “damascus” yang juga dipanggil wootz. Bijih besi ini mengandungi sejumlah peratusan unsur Karbon. Selain besi dan karbon, unsur-unsur seperti Kromium, Mangan, Kobalt juga ditambah bagi menambahkan lagi kekuatan, ketajaman dan kelenturannya.

Kehebatan pedangnya digeruni musuh-musuh Islam

Teknik pembuatan pedang ini begitu rahsia sehinggakan hanya beberapa keluarga tukang besi di Damsyik saja yang menguasainya. Akhirnya pada kurun ke-18, teknologi pembuatan pedang ini telah pupus.

Teks kajian barat tentang Pedang “Damascus”

Apa yang tinggal hanyalah pedang-pedang, tombak dan Pisau yang kini tersebar di pelbagai Museum di seluruh dunia. Sekadar mengingatkan kita bahawa Teknologi Hebat Peradaban Islam ini telah hilang di telan zaman.Teknologi zaman dahulu nampaknya berkali-kali ganda lebih maju dari sekarang kerana pembuatan Pedang Damancus amat unik dan mengagumkan.

Tuesday 12 February 2013

Tips: Cara Pemakaian Serban dengan Cara yang MUDAH !!!



Hari ni ana akan tunjukkan satu cara pemakaian seban dengan cara yang mudah
dan mengikut Sunnah Rasulullah..
Bagi anta di luar sana yang tidak tahu bagaimana mengikat serban
anta boleh lihat langkah- langkah berikut :-

Senang kan?
Jadi marilah kita sama-sama mengamalkan Sunnah Rasulullah
dalam kehidupan seharian kita..
SELAMAT MENCUBA !!!

Akibat Lelaki Memakai Pakaian atau Seluar Ketat



Anta mesti nak tahu apakah kesan apabila lelaki memakai seluar yang ketat,
Ana mahu berkongsi sedikit maklumat yang ana tau..
Terutamanya pada anta di luar sana yang suka akan pemakaian yang ketat atau lebih dikenali sebagai 'cikang'...

Mengikut kajian sains :

Pemakaian seluar ketat akan menyebabkan seseorang lelaki itu akan mengalami masalah yang dikenali sebagai kemandulan. Ia disebabkan oleh parasthesia iaitu sensasi semut-semut,cucuk-cucuk,rasa panas ataupun terbakar akibat tekanan pada saraf di bawah kulit.Di dalam Canadian Medical Association Journal terdapat banyak laporan mengenai mangsa korban Parasthesia,pakaian ketat juga menimbulkan masalah kesihatan kulit.Kelembapan yang timbul akibat pakaian yang ketat menggalakkan pembiakan bakteria.Beberapa jenis kain juga dapat menyebabkan iritasi dan mencetuskan alahan kepada si pemakai yang memakainya terlalu ketat.

Mengikut Ajaran Islam :

Di dalam Islam juga tidak digalakkan kerana Rasulullah sendiri memakai pakaian yang longgar. Adakah kita pernah terbaca atau terdengar dalam mana-mana kitab mengata Rasulullah memakai pakaian yang ketat. Setahu ana Rasulullah gemar memakai JUBAH yang longgar.

Jadi kenapa umat zaman sekarang gemar untuk memakai seluar atau pakaian yang ketat? Adakah mereka ingin menunjukkan peha mereka yang serupa dengan kuda ? ( kuda lagi hebat lah !!! ) . Atau memudahkan mereka bergerak? Cuba antum fikir, kalau ada pertandingan marathon memakai seluar ketat dengan seluar track mana lagi laju. Mesti orang yang pakai seluar track lagi laju , bukan?

Jadi apa salahnya kalau kita melonggarkan pakaian kita. Banyak akibat dan masalah jika kita berpakaian tidak mengikut sunnah Rasulullah sedangkan kita di Malaysia mempunyai kain yang banyak. 

Jadi marilah kita amalkan CARA PEMAKAIAN RASULULLAH (S.A.W)
Dan tak perlu menunjukkan tubuh anda ....